Wednesday, May 20, 2009

PENASIHAT KRT KG BALIBATA

PENASIHAT KRT KG BALIBATA / BINUNUK
EN AG .OSOP KAHAR
AJK UMNO BAHGIAN P.178 SIPITANG

TERUSKAN PERJUANGAN


TAHNIAH ATAS PEMILIHAN EN MAHMOD BERAHIM SEBAGAI
PENGERUSI KRT KG BALIBATA BINUNUK .

Tuesday, January 20, 2009

PENGGERAK PEMBANGUNAN MINDA

Komuniti BESTARI JABATAN Penerangan Malaysia ditubuhkan sejajar dengan kehendak masyarakat sebagai Penggerak Pembangunan Minda masyarakat berasaskan semangat kesukarelaan dan berdikari. Komuniti BESTARI ditubuhkan menggantikan K3P (Kumpulan Pendengar, Penonton dan Pembaca) adalah bagi memberikan imej baru dan memperkasakan pentadbiran serta aktiviti selaras dengan perkembangan dan cabaran semasa.Komuniti BESTARI Jabatan Penerangan Malaysia bermaksud:B- BermaklumatE- EratS- SilaturahimT- TelevisyenA- AkhbarR- RadioI- InternetKini jumlah Komuniti BESTARI Sabah sebanyak 120 buah dan di seluruh Malaysia sebanyak 1094 buah. Namun, Komuniti ini ditubuhkan bukan bersaing dengan mana-mana pertubuhan yang ada malah sebagai pendorong masyarakat untuk melaksanakan aktiviti kemasyarakatan mahupun yang boleh menjana ekonomi masyarakat setempat selain sebagai pemangkin penyebaran maklumat yang berkesan hingga ke akar umbi.Sebanyak 6 buah Komuniti BESTARI di daerah Beaufort iaitu Komuniti BESTARI Kg Pimping, Komuniti BESTARI Pekan Weston, Komuniti BESTARI Kg Garama, Komuniti BESTARI Kg Rancangan Klias, Komuniti BESTARI Klias Kecil dan Komuniti BESTARI Pekan Membakut.
Sumbar Jabatan Penerangan Daerah Beaufort

Friday, January 9, 2009

HARI ASYURA

0 Muharram di gelar sbg Hari Asyura di kalangan umat Islam..

pd thun ini 10 Muharram jatuh pd 7 Jan 09

ia adlh satu hari amat istimewa

kerana


1. Nabi Yunus a.s dikeluarkan dari perut ikan Nun

2. Allah terima taubat Nabi Adam a.s yang memakan buah khuldi

3. Nabi Idris diangkat ke syurga dengan rahmat Allah

4. Nabi Nuh selamat dari banjir besar

5. Nabi Ibrahim diselamat oleh Allah dari dibakar

6. Nabi Yaakob dapat melihat

7. Nabi Ayub sembuh dari penyakit kulit

8. Laut Merah terbelah dua,Nabi Musa terselamat,Firaun dan pengikutnya tenggelam dalam laut

9. Nabi Yusuf bebas dari penjara


pada Hari Asyura kite di sunatkn


1. Puasa

2. Sedekah kepada fakir miskin

3. Menyapu kepala anak yatim

4. Meluaskan perbelanjaan untuk keluarga…


juga disunatkn puasa pada 9 Muharram iaitu pd 6 Jan 09

sebagaimana hadis Nabi :

Sabda Nabi SAW, Jika aku hidup pada tahun hadapan nescaya aku akan berpuasa pada hari sembilan dan sepuluh Muharam.(Riwayat Ibnu Majah)

p/s
Dalam melalui salah satu bulan yang dimuliakan oleh Allah SWT ini maka, seharusnya kepada umat Islam agar mengambil peluang yang datang ini dengan sebaik mungkin. Belum pasti sama ada kita mampu hidup untuk sampai kepada Muharram yang seterusnya pada tahun hadapan. Jadi, berbekalkan peluang inilah semestinya bulan Muharram kali ini dimanfaatkan dengan meningkatkan ubudiyah kepada Allah SWT dengan penuh keikhlasan. Disamping mendapat kelebihan yang tersirat disebalik bulan ini dan diampunkan dosa-dosa yang telah lalu sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Allah dan RasulNYA.

SIKAP WANITA YANG DISUKAI LELAKI

1. Sikap Keibuan

Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.


2. Keanak-anakkan

Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.


3. Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.


4. Menghargai

Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.


5. Menjaga Penampilan

Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??


6. Pandai berbicara

Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dab berfikiran terbuka.


7. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.


8. Menghormati Diri Sendiri

Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.


9. Simpati dan prihatin

Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona.

Thursday, January 1, 2009

datuksalleh ahli majlis tertinggi



kami rakyat sipitang menyokong penuh datuk salleh bertanding ahli majlis tertinggi dan mohon seluruh rakyat malaysia memberi restu kepada beliau.

Sunday, December 28, 2008

PESTA NELAYAN TAMU BESAR WESTON @ PETA WESTON YANG PERTAMA 2005


Peta Weston Dalam Kenagan , Hadiah Komuniti BESTARI Pekan Weston kepada penduduk kampung ....